headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9





















8 ALASAN DAN "TAKUT" UNTUK MENYIMPAN EMAS

Di bawah ini ialah antara beberapa alasan dan "takut" untuk menyimpan emas yang sering kita dengar...

1. Tak ada duit nak beli emas
Selagi bernama manusia selagi itulah kita rasa duit tak ada /tak cukup. Tanya orang kaya mereka kata "duit tak cukup"....tanya orang miskin pun mereka kata "duit tak cukup". Ironinya, ramai juga yang membeli emas walaupun gaji/pendapatan mereka cukup-cukup makan saja. Kenapa ye..? Tak lain ialah bukannya tak cukup duit....tapi bagaimana kita menguruskan duit kita. Kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih.. 

Contoh: Kita mungkin sanggup berbelanja RM100 sebulan untuk Astro atau hiburan tetapi kenapa tak sanggup tidak berbelanja (kumpul) jumlah yang sama untuk mengubah kehidupan kita.


Yang penting di sini bukan kaya atau miskin...kalau kita rasa perlu kita akan berusaha dan mendisiplinkan diri. Sebaliknya kalau kita selalu berkata kita tiada duit (walhal sebenarnya ada), nanti ianya sebati dengan diri kita dan Nauzubillah... jadi doa pula nanti kalau selalu disebut-sebut.... Pakar motivasi terkenal Dr Azizan Osman selalu berkata " Diri anda adalah apa yang anda fikirkan" (You are what you think)

2) Takut kena zakat.
Ramai juga yang takut kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam telah  mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat pelaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata-rata kebanyaknnya tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf-uruf menurut negeri-negeri di Malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.

Untuk info zakat emas dan perak klik di SINI   atau

http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-emas-perak/

3) Takut kena rompak
Tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan. Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga? 

Setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit-sedikit bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tu dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tu. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

4) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli,  rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan-bulan, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar. Bila kita tahu penipuan wang kertas (wang fiat) yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.

Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai-kedai emas sahaja. Dan bila hanya tahu di kedai emas sahaja boleh beli emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja., di mana bila nak jual balik kedai emas menganggap emas tersebut sebagai emas terpakai dan mereka (kedai emas) akan membeli balik dengan susut nilai (spread) antara 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

5) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya atau agen/dealer yang sah. (Kalau emas Public Gold, dealer yang sah akan diberi kod PGXXXXXX, lihat kod saya di atas page ini). Jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku.

Saya jamin kalau anda beli emas yang tak tulin dari saya, pulangkan balik bersama resit, saya akan kembalikan duit anda. Anda boleh buat laporan polis atau kepada Public Gold supaya lucutkan keahlian.

6) Takut bila emergency, susah nak “cairkan” pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

7) Takut susah nak bahagi-bahagi pada anak-anak bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali. Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.

Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata

ATAU
2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah  gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbeza dalam kes ini)

ATAU
3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Kawan saya memilih pilihan no 1 kerana beliau tidak berani mengambil risiko berhutang dan cara 1 adalah paling mudah.

Bagaimanapun,di sebalik cerita di atas, saya ingin menggambarkan betapa beruntung kawan saya dan abangnya kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan sebagai contoh RM1,000,  apakah nilai kertas RM1,000 bertambah? RM1,000 tetap RM1,000 tetapi nilai atau kuasa belinya semakin berkurangan.

Berbeza dengan emas fizikal, harganya meningkat saban tahun, menjadikannya pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi lebih baik simpan emas, jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anak anda nanti.


8) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untukk buat investment

Susah juga kalau ada suami macam tu. Kalau saya berada di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal-awal.

Dengan buat-buat muka comel dan suara manja-manja gitu

Suami mithali : "Ayang...rantai ni abangg hadiahkan untuk ayang, ni ayang punya tau…yang rantai tangan tu abang punya tau, itu”investment” abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok-elok ye”…

dan mungkin anda akan dapat jawapan ni

Isteri mithali :"Ya Allah abang, susah-susah aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi....”

atau pun

Isteri cemburu buta : "Investment..? investment ape kebendanyer abang? Invest nak kawin lagi satu ????!!!”

Hahaha.....

Seperti yang saya ungkapkan di awal karangan ini, ini bukanlah 100% benar, tetapi hanyalah berdasarkan pengalaman daripada perbualan-perbualan dengan orang orang yang sudi berbual dengan saya tentang emas dan simpanan emas. Akhir kata apa yang baik ambillah pelajaran darinya dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan. 

Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 dinar InsyaAllah


Tetapkan targat simpan
1 dinar 1 bulan

SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD ATAU HUBUNGI 012-2516990

Artikel yang berkaitan.. (sila klik tajuk)

ARTIKEL TERDAHULU  KLIK DI SINI





.





















































































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang