headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9




















AWAS !!!
ELAKKAN SKIM PELABURAN EMAS DAN SKIM CEPAT KAYA


Dalam keghairahan orang ramai  mengenai pelaburan emas banyak kali juga kita terbaca dan terdengar beberapa individu dan syarikat tertentu yang mengambil kesempatan untuk memperdaya pelabur dan bakal pelabur. Sedih juga bila membaca berita begini....

Biasanya, modus operandi syarikat / individu tersebut adalah seperti berikut:

a) Menawarkan pemberian keuntungan/faedah/hibah (atau apa sahaja bentuk wang tunai)  secara bulanan/tahunan walau pun anda belum lagi menjual balik emas. Secara logik anda kena tanya diri sendiri macaman boleh dapat untung sedangkan emas belum dijual....

b) Menawarkan anda membeli emas hanya dengan membayar sebahagian harga sahaja. Contoh 30% atau 35% sahaja, baki 70% atau 35% lagi akan diuruskan oleh syarikat/individu dengan menambah sakali ganda lagi emas fizikal yang anda beli. Kalau anda beli 100gram emas, dan bayar 30%/35% sahaja, syarikat akan "beri" anda 100 gram lagi, menjadikan anda sebenarnya membeli 200 gram emas. Kesemua 200 gram emas tersebut dipajak di ar-Rahnu atas nama anda dan duit pajakan anda kena bayar kepada individu/syarikat tersebut. Ini bermakna emas fizikal tidak berada di tangan anda tetapi dipajak di Ar-Rahnu. Anda kena isi borang perjanjian dan bayar sedikit fees. Biasanya harga emas yang dijual kepada anda adalah amat tinggi berbanding pasaran dan anda ditawarkan sekiranya tidak mampu menebus balik emas tersebut di akhir tempoh pajakan, mereka (individu/syarikat) akan tolong tebus.

Anda boleh lihat senarai skim-skim pelaburan yang tidak diiktiraf di laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my  (Alert list)

Oleh itu kepada pelabur/bakal pelabur berwaspadalah supaya tidak menyesal kemuadian hari. Kalau nak beli emas, belilah secara biasa, iaitu beli emas, bayar dan pastikan anda dapat emas. Untung diperolehi bila jual emas pada harga tinggi. Jangan terpedaya dengan skim itu dan skim ini dan surat perjanjian walaupun menggunakan istilah islamik seperti hibah, mudharabah atau sebagainya dan perkauman seperti bumiputra, melayu, Islam dan sebagainya. 

Di sini dipaparkan beberapa berita mengenai skim pelaburan emas yang berkenaan sekadar untuk renungan dan kita berhati-hati supaya tidak terlibat dengan kaedah pelaburan yang salah dari segi undang-undang dan seterusnya menjadi pengajaran kepada kita.

Ini adalah kisah yang dipaparkan di akhbar Harian Metro bertarikh 22 Mac 2010.


Modus operandi  syarikat sangat mudah.

Mereka menjual jongkong emas yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran (RM150/gram).

Namun pelabur tertarik untuk membuat pelaburan kerana bagi setiap 100gram yang dibeli mereka dijanjikan pulangan tetap RM300 sebulan selama 8 bulan. Syarikat memberikan jaminan akan memulangkan modal mereka setelah tamat kontrak.

Malangnya sebelum tamat kontrak syarikat mengatakan menghadapi masalah aliran wang tunai yang tidak mencukupi. Anda boleh baca sendiri keratan akhbar di bawah:


Apa yang berlaku selepas itu?

Syarikat tersebut hanya mampu membayar pulangan untuk beberapa bulan awal.
Selepas itu syarikat tak boleh bayar. Alasan yang diberikan ialah aliran wang tunai tidak mencukupi. Jadi timbul persoalan di sini...takkan syarikat yang berniaga emas boleh menghadapi masalah alirang wang tunai ???? Bukankah syarikat yang  buat skim pelaburan emas sepatutnya kaya raya...??

Ini tidak lain kerana syarikat yang membuat skim seperti ini  menjalankan skim ponzi  (apa itu skim ponzi? Klik di sini )

Mereka menggunakan wang dari pelabur baru untuk membayar pelabur lama. Apabila bilangan pelabur baru berkurangan, syarikat akan mengalami kekeringan dana untuk membayar pelabur sedia ada. Akhirnya keseluruhan syarikat akan runtuh.

Kesannya ramai yang takut dan was-was bila mendengar perkataan pelaburan emas. Sedangkan pelaburan emas adalah selamat, menguntungkan dan meyakinkan. (Ingat : pelaburan emas dan skim pelaburan emas adalah berbeza. Apabila terdapat skim itu dan skim ini...awas...ia mungkin skim cepat kaya)

Nampaknya pelabur-pelabur terutama orang Melayu mudah gelap mata terutama apabila dijanjikan skim pelaburan emas yang memberikan pulangan setiap bulan. Kita seharusnya bertanya sendiri, jika emas belum dijual balik dari mana syarikat mengaut duit yang diberikan kepada kita setiap bulan?

Terdahulu, syarikat-syarikat lain yang turut menawarkan skim pelaburan emas turut diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Kes Bestino Group (17 Jun 2009)
Kes Etika Estet dan Genneva Sdn Bhd (21 Julai 2009)

Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Menyerbu Bestino Group

Etika Emas Estet dan Genneva Sdn Bhd Disiasat
Oleh Bank Negara Malaysia

Lantaran banyak syarikat yang telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia, Public Gold telah mengeluarkan notis amaran tidak terlibat dengan skim-skim  pelaburan .Publin Golg hanya merupakan syarikat jual beli emas yang menjual dan membeli balik emas pada harga antarabangsa.

Notis Amaran Public Gold


Laporan Akhbar Mengenai Skim Cepat Kaya Melibatkan Emas

The Star 13 Julai 2009 menyiarkan laporan khas mengenai skim cepat kaya. Laporan tersebut menunjukkan  pelabur-pelabur Malaysia kehilangan sejumlah RM845 juta di dalam skim-skim cepat kaya. . Peerggghhhh...banyak tu.....

RM845 juta wang pelabur hangus dalam Skim Cepat Kaya

Dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operandi syarikat-syarikat skim cepat kaya . Antaranya syarikat pelaburan burung layang-layang, keahlian restoran, dan pelaburan emas.

Laporan Akhbar The Star
Skim Pelaburan Emas Yang Diragui Kesahihannya

TERBARU
Laporan Akhbar Harian Metro 20 April 2012 Mendedahkan
Terdapat Sindiket  Yang Menggunakan Emas Celup Dalam Proses Gadaian


Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - sebab nak cepat untung, nak cepat kaya....semua nak cepat

Kurang ilmu - bila kurang ilmu kita senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insya Allah ilmu tersebut akan menaga kita dari terjerumus ke dalam skim cepat kaya.

Apabila bercakap ilmu pelaburan, mari kita lihat apa yang dikatakan oleh Warren Buffet t. Beliau adalah tokoh pelabur terulung di dunia.

Dari segi kekayaan, beliau adalah orang kedua terkaya di dunia. Beliau pernah berkata:

" Risk come from not knowing what you're doing" (Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)

Kesimpulan

1. Skim cepat kaya akan terus wujud dulu, kini dan selamanya. Berhati-hatilah...
2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur. Carilah ilmu sebanyak mungkin. Di laman web ini saya akan berkongsi ilmu apa yang sathu dan saya juga tidak berhenti menimba ilmu dulu kini dan selamanya.
3. Pelaburan emas sangat menguntungkan kalau kena cara dan tekniknya. Pastikan anda berjual beli emas, bukan terlibat dengan skim yang bukan-bukan.

Selamat membuat pelaburan yang selamat. Ingin membeli emas, sila klik di sini  atau hubungi saya 012-2516990

Artikel lain yang berkaitan ....


BANYAK LAGI ARTIKEL KLIK DI SINI



Artikel ini diadaptasi dari tulisan pakar pelaburan emas, En Syukor Hashim



l





 



.





















































































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang