headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9





















GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP) PUBLIC GOLD
vs
GOLD INVESTMENT ACCOUNT (GIA) DI BANK MALAYSIA DAN KUWAIT FINANCE HOUSE

GAP-PGPoster

Ramai yang minat nak beli dan menyimpan emas tetapi duit tak cukup untuk membeli ratusan dan ribuan ringgit. Ada pula yang takut nak simpan emas di tangan sendiri atau di rumah kerana takut hilang atau rumah dimasuki pencuri. Nak menyewa Safety Box bagi ssetengah tempat di Malaysia adalah sukar kerana syarikat yang menawarkan safety box jauh. Nak buka akaun emas (Gold Investment Account atau GIA) di bank-bank kebanyakannya tak patuh syariah. Sila lihat artikel mengenai GAI di bank di SINI.

Setakat ini hanya GIA Al Rajhi Bank dan Kuwait Finance House (KFH) yang patuh syariah.

Jangan risau !!! Kini masalah di atas dapat diatasi..insya Allah. Public Gold kini menawarkan kaedah membeli dan mengumpul emas yang dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP). GAP ditawarkan untuk membantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah lagi selamat serta modal kecil. Rebutlah peluang ini.....

Ramai yang menganggap GAP yang ditawarkanPublic Gold lebih kurang sama dengan Gold Investment Account ditawarkan KFH. Dari segi konsep, ianya adalah sama iaitu kita boleh beli emas, dan Public Gold atau KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Kita boleh keluarkan emas tu secara fizikal bila-bila masa serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mulakan belian/simpanan walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  1. Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  2. Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  3. Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  4. Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  5. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  6. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  7. Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.

CONTOH PRODUK EMAS YANG BOLEH
DIBELI/DIKELUARKAN MELALUI GAP PUBLIC GOLD


Goldbar 1 gram 999.9 berstatus LBMA
LBMA 1g
.

1 Dinar 4.25 gram 999.9 berstatus LBMA
LBMA 1Dinar


PERBNDINGAN GAP PUBLIC GOLD DAN GIA KFH

Kalau GIA yang ditawarkan di bank, pada pendapat peribadi saya GIA KFH paling bagus buat masa ni. Sebagai perbandingan, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti GIA KFH. Bezanya cuma:

  1. Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)
  2. Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)
  3. Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (6%), 50 gram (5.5%), 100 gram (5%), 250 gram (4.5%) dan 500 gram (4.5%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)
  4. Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)
  5. Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)
  6. Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)
  7. Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai sekitar 15%. (kekurangan KFH)
  8. Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.

















































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang